Translate

INSURAN HAYAT


PENGENALAN



Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami insurans hayat. 
Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh membuat keputusan yang betul apabila 
membeli polisi insurans hayat. 

Apakah insurans hayat? 

Dalam insurans hayat, sebilangan besar orang (dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah 
wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans. Apabila seseorang di 
dalam kumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberi sejumlah wang daripada dana tersebut 
untuk membantu meringankan kesusahannya. 

Bagaimanakah saya membeli polisi insurans hayat? 

Anda boleh memilih untuk membeli polisi insurans hayat daripada institusi kewangan seperti 
bank yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans, melalui broker insurans 
atau ejen insurans hayat. (boleh hubungi saya) 
Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans melalui ejen, sebelum 
berurusan dengan ejen, anda hendaklah berpuas hati dengan reputasi dan kelayakan ejen 
tersebut. 

Semua ejen yang menjual insurans hayat adalah berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat 
Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)], dan dimestikan lulus peperiksaan yang 
dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia. Apabila berurusan dengan ejen, pastikan anda 
meminta untuk melihat kad kuasa beliau yang dikeluarkan oleh LIAM . 


Kontrak polisi 

Apabila anda membeli polisi insurans hayat, wujud kontrak di antara anda dengan syarikat 
insurans. Anda bersetuju untuk membayar premium bagi tempoh tertentu dan, sebagai balasan, 
syarikat insurans akan membayar kepada penama atau estet anda sejumlah wang berikutan 
kematian anda. 


Sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal atau apa-apa situasi yang 
ditetapkan, bayaran akan dibuat kepada anda. Dalam kes hilang upaya menyeluruh dan kekal, 
wang itu biasanya dibayar secara ansuran. 


Anda mestilah sentiasa membaca cetakan halus di dalam kontrak dan memahami had-had atau 
klausa pengecualiannya. 


Mengapakah saya perlu membeli insurans hayat?

Anda mungkin ingin membeli polisi insurans hayat atas sebab-sebab berikut: 
Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan 
selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasiobligasi lain.  Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas 
kematian anda. 

  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya. 
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, 
  • anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan. 
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan 
  • berikutan penyakit yang serius atau kemalangan. 



Walau apapun sebabnya, anda perlu berhati-hati apabila memilih polisi agar bersesuaian dengan 
keperluan anda. Ambillah masa untuk berbincang dengan syarikat insurans atau pengantaranya 
tentang polisi yang ingin anda beli. 


Anda perlu mengisi borang permohonan yang menanyakan butir-butir peribadi dan perubatan 
anda, jenis polisi dan amaun perlindungan yang anda perlukan. 


Pelepasan cukai pendapatan 

Anda boleh menuntut pelepasan cukai terhadap premium yang anda bayar, tertakluk kepada 
terma dan syarat tertentu. Bagi polisi hayat biasa, amaun maksimum pelepasan ialah RM6,000 
termasuk apa-apa sumbangan yang anda buat kepada skim manfaat persaraan yang diluluskan, 
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim-skim pencen yang lain. Bagi polisi 
perubatan atau pendidikan, pelepasan cukainya ialah RM3,000 setahun. 


Apakah polisi yang patut saya beli? 

Anda mestilah memilih jenis polisi yang paling sesuai dengan kedudukan diri anda. Sekiranya 
anda masih muda dan ingin memastikan pasangan dan anak anda akan terbela jika anda tibatiba meninggal dunia, insurans bertempoh adalah paling sesuai. Sekiranya anda telah berumur 
dan mempunyai keluarga yang lebih mantap, jenis premium tetap dan polisi yang mengumpul 
nilai tunai adalah lebih sesuai. 


Anda hendaklah memahami skop perlindungan yang diberikan di bawah polisi, terma dan syarat 
serta kos perlindungan insurans yang berbagai. Anda juga harus mengetahui apa akan terjadi 
sekiranya anda ingin beralih daripada satu syarikat insurans kepada syarikat insurans yang lain, 
atau sekiranya anda ingin berpindah daripada satu jenis polisi kepada polisi lain. 


Jenis-jenis polisi yang asas adalah: 

Insurans bertempoh – 
Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. 
Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya 
menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi. 

Insurans hayat seumur hidup –
Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan 
premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan 
dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. 
Insurans endowmen – Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang 
manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda 
mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi 
matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada 
penama anda. 

Insurans berkaitan pelaburan – 
Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan 
insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga 
unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda 
menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.

Pelan anuiti hayat – 
Anuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda 
meninggal dunia. 
Terdapat dua jenis anuiti: 


Anuiti serta-merta – 
bayarannya bermula dalam tempoh 12 bulan selepas anda membeli anuiti. 
Mereka yang hampir bersara atau telah bersara akan memilih anuiti jenis ini. 


Anuiti tertunda – 
bayaran bermula lebih dari 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Orang akan 
membeli anuiti jenis ini pada sepanjang tempoh mereka bekerja untuk menjadikannya 
pendapatan persaraan di kemudian hari.

Perlindungan/‘rider’ tambahan – 
‘Rider’ ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan 
bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda 
fleksibiliti untuk memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, 
hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan. 
Pelan-pelan lain – Syarikat insurans hayat juga menawarkan pelan insurans perubatan dan 
kesihatan.


Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgage reducing term assurance - MRTA)-
Apabila memohon pinjaman untuk membeli harta, pembiaya mungkin ingin mempertimbangkan 
pengambilan perlindungan insurans untuk melindungi apa -apa kejadian yang tidak diduga. 
Perlindungan insurans ini, yang biasanya dikenali sebagai polisi MRTA, akan melindungi bayaran 
balik pinjaman yang tertunggak dengan institusi kewangan sekiranya peminjam meninggal dunia 
lebih awal, hilang upaya atau sakit kritikal. Apabila berlaku perkara di luar dugaan seperti ini, 
syarikat insurans akan membayar kepada bank amaun pinjaman yang tertunggak dan 
kemudiannya bank akan menyerahkan hak milik harta berkenaan kepada empunya atau 
benefisiarinya. 


Kebanyakan premium polisi MRTA dibayar secara premium tunggal ketika pinjaman dikeluarkan. 
Kadar premium biasanya bergantung kepada umur peminjam, terma pinjaman dan kadar faedah 
pinjaman. Sekiranya peminjam menjual rumah atau menyelesaikan hutang lebih awal, bank akan 
menyerahkan hak polisi MRTA kepada peminjam dan peminjam boleh memilih untuk 
meneruskan perlindungan insurans hayat tambahan atau menyerahkan polisi dan menerima nilai 
tunai. 


Kepentingan pendedahan 
Anda mestilah memberikan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya dan 
secara jujur. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan 
fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti sebelum anda menandatangani borang 
berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat anda mungkin boleh terbatal. 


Memahami peruntukan penting dalam kontrak polisi hayat 

Premium – Ini adalah wang yang anda bayar kepada syarikat insurans hayat untuk perlindungan 
insurans. Anda boleh memilih kekerapan membayar premium – setahun sekali (tahunan), setiap 
enam bulan (setengah-tahunan), setiap tiga bulan (suku-tahunan) atau setiap bulan. Polisi sertaan dan bukan-sertaan – Premium yang anda perlu bayar bagi polisi sertaan adalah 
lebih tinggi daripada polisi bukan-sertaan. Ini adalah kerana polisi sertaan membolehkan anda 
berkongsi keuntungan dengan syarikat insurans hayat, yang biasanya dibayar sebagai dividen 
atau bonus. Polisi bukan-sertaan tidak menawarkan manfaat ini. 


Bonus – Ini adalah wang tambahan yang dibayar bersama-sama manfaat akhir polisi sertaan. 
Anda akan dibayar amaun tertentu bagi setiap RM1,000 nilai diinsuranskan di bawah polisi 
sertaan. Syarikat insurans boleh menambah atau mengurangkan amaun tersebut bergantung 
kepada keadaan ekonomi dan pulangan pelaburan. 


Umur anda – Anda perlu menyatakan umur anda dengan tepat. Walaupun syarikat insurans 
mungkin tidak akan membatalkan polisi disebabkan matlumat umur yang tidak betul, manfaat 
polisi anda akan diselaraskan mengikut umur sebenar anda.

Nilai tunai/serahan – Apabila polisi anda telah berkuat kuasa selama beberapa tahun (biasanya 
minimum 3 tahun), ia memperolehi nilai tunai (juga dikenali sebagai nilai serahan). Ini ialah 
amaun tunai yang akan dibayar oleh syarikat insurans apabila anda membatalkan polisi anda. 
Anda akan rugi sekiranya menyerahkan polisi sebelum ia matang. 


Pinjaman polisi – Pinjaman ini boleh diberikan selagi polisi anda mempunyai nilai tunai. Faedah 
akan dikenakan ke atas pinjaman sedemikian. Anda boleh membayar balik pinjaman tersebut 
mengikut kesesuaian anda – secara sekaligus atau ansuran atau tidak membayarnya. Selepas 
kematian atau kematangan polisi, mana-mana bahagian pinjaman yang belum berbayar, 
termasuk faedah, akan ditolak daripada wang polisi. 


Tempoh tangguh – Ini adalah tempoh tambahan selepas tamat tarikh pembayaran premium. 
Tempoh tangguh bagi bayaran premium bulanan ialah 15 hari. Bagi bayaran premium secara 
setengah-tahunan atau tahunan, tempoh tangguhnya ialah 30 hari. Sekiranya premium masih 
tidak dibayar pada tempoh tangguh, polisi anda akan luput atau akan tertakluk kepada polisi 
berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik (seperti diterangkan berikut ini). 


Berbayar terkurang – Anda boleh berhenti membayar premium seterusnya selepas polisi anda 
mempunyai nilai tunai. Polisi itu akan terus berkuat kuasa tetapi nilai diinsuranskannya akan 
dikurangkan. 


Pinjaman premium automatik – Sekiranya premium tidak dibayar pada tempoh tangguh, dan 
dengan syarat bahawa polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi, sesetengah syarikat 
insurans akan secara automatik memberikan pinjaman untuk pembayaran premium yang 
tertunggak. Faedah akan dikenakan ke atas amaun pinjaman premium yang tertunggak. 
Pinjaman premium automatik akan mengurangkan nilai tunai polisi anda. 


Bunuh diri – Tiada sebarang bayaran akan dibuat kepada penama sekiranya kematian adalah 
disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh perlindungan, biasanya satu tahun seperti 
dinyatakan di dalam polisi. 


Tidak boleh tanding – Syarikat insurans tidak boleh mempertikai kesahihan polisi yang telah 
berkuat kuasa selama 2 tahun. Sekiranya syarikat insurans enggan membayar tuntutan, ia 
mestilah membuktikan bahawa polisi berkenaan telah diperolehi melalui penipuan. 


Tempoh membuat keputusan – Anda boleh membatalkan polisi insurans hayat anda dengan 
memulangkan polisi itu kepada syarikat insurans dalam tempoh 15 hari selepas anda menerima 
dokumen polisi. Premium yang telah anda bayar (ditolak fi pemeriksaan perubatan yang 
dikenakan) akan dipulangkan kepada anda. 


Pengembalian semula – Apabila polisi insurans hayat anda telah luput, anda boleh 
menghidupkan semula atau mengembalikannya semula supaya berkuat kuasa sepenuhnya 
dalam tempoh masa dan dengan syarat-syarat tertentu, seperti pengesahan tentang keadaan 
kesihatan anda pada masa pengembalian semula. 


Penyerahan hak – Anda boleh memindahkan polisi insurans hayat anda kepada orang atau 
pertubuhan lain dengan memberikan notis bertulis kepada syarikat insurans hayat anda. 

Kerahsiaan maklumat – Semua maklumat peribadi anda, termasuk maklumat perubatan, adalah 
rahsia dan syarikat insurans hayat anda tidak sekali-kali dibenar mendedahkan maklumat 
berkenaan kepada pihak ketiga. 


Membatalkan polisi anda 
Membeli polisi insurans hayat adalah satu komitmen jangka panjang. Sekiranya anda 
membatalkan polisi anda, anda tidak akan mendapat balik jumlah amaun premium terkini yang 
anda telah bayar kerana nilai serahan (nilai polisi anda apabila ditamatkan) biasanya kurang 
daripada apa yang anda telah bayar. Sekiranya anda diminta membatalkan polisi anda atau 
dinasihati supaya membuat pinjaman ke atas polisi anda, dan kemudiannya diminta membeli 
polisi lain, bincanglah perkara ini terlebih dahulu dengan syarikat insurans hayat anda yang  
sekarang, sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Adalah tidak menguntungkan sekiranya anda menggantikan sesuatu polisi kerana: 

  • Berkemungkinan besar anda terpaksa membayar premium yang lebih tinggi memandangkan anda telah semakin berumur. 
  • Nilai tunai anda akan meningkat secara perlahan kerana premium anda yang baru perlu membayar kos permulaan menanggung polisi insurans hayat kali kedua.
  • Tempoh tidak boleh tanding selama dua tahun bermula sekali lagi. Begitu juga dengan klausa bunuh diri di mana polisi perlu bermula dari awal sekali lagi. 
  • Polisi yang sedia ada mungkin mempunyai peruntukan yang lebih baik daripada polisi baru, misalnya dalam bentuk opsyen penyelesaian tuntutan dan manfaat hilang upaya. 
  • Syarikat insurans hayat anda yang sedia ada boleh membuat perubahan yang anda kehendaki pada kos yang lebih rendah. 


Mengundurkan tarikh 
Ketika anda mengemukakan permohonan, anda boleh mengundurkan tarikh bermulanya polisi 
anda untuk tempoh tidak lebih dari 6 bulan, kecuali bagi polisi berkaitan pelaburan. Kelebihannya 
ialah anda akan membayar premium yang lebih rendah setimpal dengan umur yang lebih muda 
oleh kerana premium dikenakan berdasarkan tarikh yang diundur itu.Tetapi perlindungan 
insurans anda akan bermula dari tarikh penerimaan perlindungan atau bayaran premium bermula, 
mengikut mana yang lebih awal, dan bukan dari tarikh yang diundur. 


Menasihati penama anda 

  • Beritahu penama anda tentang polisi insurans hayat anda, sebarang perubahan yang anda buat terhadap polisi tersebut dan tempat di mana dokumen berkenaan disimpan. 
  • Lantiklah penama kontingen (atau sekunder) sebagai ganti sekiranya penama utama meninggal dunia lebih dahulu daripada anda. 
  • Pastikan syarikat insurans hayat anda menyimpan alamat penama anda dan syarikat diberitahu tentang pertukaran alamat penama. 

Perkara yang diperlu diingat 

Buatlah catatan tentang tarikh premium perlu dibayar. Sekiranya premium tidak dibayar mengikut 
tarikhnya, polisi insurans hayat anda mungkin akan luput. 


Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti bayaran. Ini akan membantu penyiasatan 
sekiranya ejen anda gagal menyampaikan premium itu kepada syarikat insurans.

Pastikan umur anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat. Sekiranya berlaku 
kematian dan umur anda telah tidak dinyatakan dengan betul, syarikat insurans hayat akan 
hanya membayar amaun yang berpatutan dengan jumlah premium yang telah dibayar untuk 
umur yang betul. 


Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda untuk memastikan keperluan itu dilindungi 
secukupnya oleh polisi yang sedia ada Oleh kerana dokumen polisi adalah dokuman yang sah di sisi undang-undang, ia hendaklah disimpan dengan selamat sehinggalah wang polisi insurans hayat diterima daripada syarikat insurans. 

Salinkan maklumat asas seperti nama syarikat insurans, jenis polisi, nombor polisi dan nama 
penama dan simpan maklumat itu di tempat lain.

Bertanyalah kepada syarikat insurans hayat anda sekiranya mempunyai kemusykilan tentang 
apa-apa perkara berkaitan polisi insurans hayat anda. 

Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada

  • Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan tersebut dengan Unit Aduan syarikat insurans berkenaan.  
  • Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda boleh merujuk kepada pegawai di Unit Aduan syarikat insurans yang berkaitan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.  
  • Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan kepada FMB, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans. FMB mengendalikan pertikaian antara pihak menuntut dengan syarikat insuransnya sendiri atau syarikat insurans pihak ketiga.  
  • FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna merujuk aduan atau pertikaian untuk penyelesaian sebagai alternatif kepada mahkamah.  
  • Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk insurans dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk di mahkamah.
  • Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-

    • RM200,000 bagi polisi insurans motor dan kebakaran.
    • RM100,000 bagi polisi insurans yang lain. 
    • RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga. 

  • Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan tersebut kepada Bank Negara Malaysia. Maklumat terperinci tentang cara membuat aduan boleh didapati dalam buku kecil bertajuk 

"Asas-asas Insurans dan Takaful" atau dengan mengakses laman web FMB di www.fmb.org.my.