Translate

Friday, August 24, 2012

PRUhealth. Gives you bonuses when you are healthy. (Medical Plan)

pruhealth, Pru Health,PruHealth,PruHealth Malaysia,Pru Health Malaysia,Prudential,Malaysia,Medical Card,H1N1,Insurance,Non Claim Bonus,What is PruHealth, health insurance, medical insurance, insurance for foreigners, insurance for expatriate, insurance malaysia, agent no 1 prudential malaysia, prudential medical card, Medical Card till age 100,prudential insurance, prudential malaysia, prudential agent, prudential life insurance, prudential bsn takaful,firdaus prudential, agent no 1 malaysia, prudential blog, sunway, subang jaya, ejen prudential, kad perubatan,

What is PRUhealth?
  • Gives you bonuses when you are healthy
  • Takes care of your medical bills when you are not
All insurance provider have their own medical plan with Medical Card. But PRUhealth not just another medical rider plan which cover your hospital expenses (Medical Card).

Why PRUhealth so special?
Because PRUhealth reward you with NCB (No Claims Bonus).  Means if you are healthy throughout the year, Prudential reward you.
Before PRUhealth available in the market, Im having another medical plan since 2 years back. I never use my medical card to reimbursed my hospital expenses because I never ill or got any accident. I pay premiums every months and nothing benefits me as im healthy .
Now Im changing to PRUhealth. Because of the rewards.

How much PRUhealth will rewards you?
Please refer to tabulated plan below
Pruhealth Plan
I choose PRUhealth 200, hence my NCB is RM300.  Hopefully next year, I will receive RM300 reward.

Why you should have PRUhealth?

Those who have insurance are concern about their health. By having medical insurance, major medical expenses will be covered and you have no worry about money.
You have been paying premiums for 5 years and yet nothing been covered by your insurance as you are not sick.  At this stage, you must be thinking that you are paying for nothing every months.
This is unfair.
You should been covered when you need it and you should be rewarded if you are healthy.

Download English brochure
Download Malay Brochure
Download Chinese Brochure

DAPATKAN RAWATAN PERCUMA DI MANA-MANA KLINIK PANEL


Satu kad perubatan yang memberikan anda penjagaan kesihatan asas.


BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Satu premium tetap berkaitan pelaburan yang membayar balik perbelanjaan perubatan di klinik panel kami.

kemudahan yang besar
Dengan klinik panel begitu banyak di seluruh negara, anda akan sentiasa mencari klinik berhampiran kawasan anda! Sila klik di sini untuk mencari klinik yang terdekat dengan anda.


Tanpa tunai proses tuntutan
Membuat tuntutan tidak pernah menjadi semudah itu. Menggunakan kad perubatan ini, lawatan anda ke klinik panel adalah percuma - tiada sebarang pemotongan dari insurans!


Manfaat jumlah yang tinggi
Penjagaan PRUclinic meliputi kos perubatan anda di mana-mana panel klinik GP sehingga RM1, 500 setahun!

Sokongan 24-jam
Pusat panggilan berdedikasi kami boleh didapati 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Apa itu PRUclinic care?


PRUclinic care adalah rider perubatan premium tetap berkaitan pelaburan yang meliputi perbelanjaan perubatan yang ditanggung di mana-mana klinik panel pengamal am kami.


Bagaimana saya boleh memiliki penjagaan PRUclinic?
Anda boleh memiliki PRUclinic care apabila anda memiliki sama ada pelan  PRUhealth atau PRUflexi med.

Berapa lama manfaat ini sah?
Penjagaan PRUclinic akan menampung keperluan klinikal anda selama dua tahun. Premium perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.

Berapa banyak premium yang saya perlu bayar?
Sila rujuk kepada jadual di bawah bagi premium yang berpatutan kami!

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara hari lahir yang berikutnya 1-60 tahun.

Wednesday, July 4, 2012

Simpan 5 Tahun je.. Pastu Boleh Rileks!! dan dapat DOUBLE!!


Default Simpan 5 Tahun je.. Pastu Boleh Rileks!! dan dapat DOUBLE!!

As Salam

Kwn dok pikir2
nape ada org pening pasal ASB
buat loan byr smpai 20thn..
sedangkan ada option lain
yg lebih baik dr tu..
Sebagai PLAN PERSARAAN kita

Mcm ni lah..
kwn citer serba sedikit ya..

Nama plan ni ialah PruCash Double Reward
Pendek kata korang akan dpt double lah benefitnya

So, kwn pendekkn citer
kwn buat satu contoh ya..

Umur : 34thn
Term : 25thn (*sedang elok la korang bersara klu skrg umur 30)
Sum Assured : rm20k
Monthly : RM683.85 (lbh kurang mcm byr keta sebulan je)
Berapa lama: 5 tahun je bayar!

BENEFITNYA?
5 tahun pertama = tiap2 hujung tahun terima bonus RM600
tahun ke-6 hingga ke-25 = bonus jd Double iaitu korang akan terima RM1200 tiap2 hujung tahun.
sampai tempoh matang...
Nilai tunai yg korang akan dapat ialah RM56979

Skrg, cuba korang campurkn dengan bonus yg korang dpt tiap2 tahun dgn nilai tunai serahan tu..
Jumlahnya semua yg korang terima ialah RM83979
So, mcmana?? Berbaloi tak pelan persaraan ni klu compare dgn simpanan ASB yg anda buat??

Ada lagi benefit??
Ya, anda juga dilindungi..
simpanan selamat
kalau trjadi apa2 pada korang,
anak2 korang boleh terus dpt bonus tu..
Berbaloi takk???

tak ada medical card?? add on je.

Wednesday, June 13, 2012

Sejauh Mana Majikan Sayangkan Kita?


Salam semua. Just nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical card sekarang???Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card nie tak penting, mungkin sebab masih bekerja di Syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya.Tapi....persoalannya....sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..

1. Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan?..dan kita pulak asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama company boleh tanggung kita?...Company nak simpan lagi ke orang2 yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je?...kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja kita mcm nie, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?...masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?...so, mcm mana?...

Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...


Jadi sebelum terlewat,baik anda hubungi PERANCANG TAKAFUL ANDA untuk dapatkan medical card sebelum terlambat.

Wednesday, May 9, 2012

Demam Denggi Berdarah Membawa Maut



oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.



Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.


Virus Denggi
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.


Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.





Cara Penyebaran


Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.


Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).





Jenis Denggi


Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :


1. Demam denggi klasikal


Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' ataubreakbone fever.





2. Demam denggi berdarah


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawandan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.



Tanda/Gejala


Tanda-tanda atau gejala :


Demam denggi klasikal


Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakangmata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalamdarah menurun.




Demam denggi berdarah


Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawahkulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.





Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).


Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:


Demam denggi klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.




Demam denggi berdarah
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.





Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Membawa Maut
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :
* Mudah lebam
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


Sifat Nyamuk Aedes
* Gigitan pada waktu pagi dan senja (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)
* Bertelur dalam air mati yang jernih. 

Thursday, April 19, 2012

TRIP KE MUNICH & PRAGUE... Ada yang berminat nak join?



TRIP KE MUNICH & PRAGUE 2012sesiapa yang berminat nak join, boleh...isi borang jadi wealth planner dlu..atau hubungi kami untuk temuduga.pengambilan ahli baru sentiasa terbuka sepanjang tahun





Wednesday, April 18, 2012

Balu terima pampasan insurans




Kisah-kisah ini seharusnya memberikan kesedaran kepada orang Melayu terutamanya tentang kepentingan menyimpan dalam PruBSN atau mana-mana badan insurans sekiranya berlaku sesuatu yang tidak terduga oleh kita. Ajal maut ditangan Allah namun kita semestinya sentiasa berusaha yang TERBAIK untuk memastikan kebahagiaan insan-insan yang kita sayang. Jangan mudah menyerah nasib kepada takdir sedangkan kaum lain amat prihatin tentang kepentingan mempunyai insuran supaya kehidupan keluarganya nanti akan lebih terjamin. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Sumber:- Utusan Malaysia - 23/05/2005 

Quote:
Besut 22 Mei - Keperitan hidup seorang balu bersama lapan anaknya di kampong Gong Bayor dekat sini setelah kemalangan suami akibat nahas jalanraya bulan lalu terubat apabila menerima pampasan insurans berjumlah RM105,298 hari ini. Rohayah Kasim, 33 ternyata terkejut dengan jumlah pampasan yang diterimanya itu tidak menyangka suaminya Allahyarham Mohd Zahari Abu Kassim, 39 meninggalkan sesuatu untuk masa depan anak-anak dengan menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas."Arwah suami saya tidak pernah memaklumkan kepada saya yang dia ada menyertai insurans ini dan saya amat terkejut dengan jumlah pampasan yang saya terima ini," katanya ketika ditemui dirumahnya hari ini. Rohayah memberitahu, Allahyarham suaminya meninggal dunia beberapa hari setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori ketika memandu kereta dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang April lalu.

Allahyarham, seorang peniaga kedai runcit menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas dengan caruman sebanyak RM133 sebulan sejak setahun lalu. Mohd Zahari meninggalkan lapan orang anak dan enam daripadanya masih bersekolah iaitu empat bersekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.Sementara itu cek pampasan tersebut disampaikan oleh Pengurus Unit Takaful Ikhlas Kelantan, Aris Zakaria dalam satu majlis ringkas di kediaman Rohayah. Rohayah berkata, wang yang diterimanya itu akan digunakan sepenuhnya membiayai pelajaran anak-anak yang masih belajar selain membaiki rumah yang didudukinya sekarang.


Inilah hadiah yang bermakna untuk insan yang ditinggalkan, bersusah-susah dahulu maka tidaklah nanti hidup kita tidak terlalu susah dan menyusahkan orang lain....

Tuesday, April 17, 2012

TERBAIK...PRUBSN-Smartlink? ATAU SSPN?


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
SSPN adalah skim yang dijamin kerajaan – maksudnya setiap wang anda yang tersimpan di bawah skim ini akan diganti oleh kerajaan sekiranya kerugian berlaku (i.e. sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain pelaburan di bawah PNB).
Pulangan pelaburannya dari 2005 – 2007 ialah 4% setahun. Simpanan maksima ialah RM50,000 setiap akaun.
Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan atau khairat kematian juga disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.
Kenapa anda patut melabur di dalam SSPN?

1. Anak-anak anda hanya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN sekiranya anda melabur di dalam SSPN. Dengan kadar pembayaran balik 1%, skim ini adalah dana pendidikan yang termurah di Malaysia.

 2. Anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 untuk setiap individu yang melabur (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur dan mengisi borang cukai yang berlainan)
NOTA: Jumlah maksima pelaburan untuk anak-anak anda – ibu dan bapa ialah RM100,000 (dua akaun)

3. Bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, setiap pelaburan anda akan digandakan oleh kerajaan di bawah insentif “Matching scheme”.
NOTA: Sekiranya anda, hanya mampu untuk melabur di satu dana, pilihlah SSPN kerana perlindungan percuma dan “Matching Scheme” ini.

PRUBSN-Smartlink
Takaful Pendidikan adalah pelan takaful berkaitan pelaburan (Takaful investment link) yang diuruskan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Anda akan bayar caruman setiap bulan yang akan dibahagikan untuk kegunaan
 i. perlindungan Takaful,
ii. pelaburan di dalam dana-dana amanah
iii. membayar kos-kos pentadbiran dan operasi syarikat Takaful berkenaan

Ia adalah simpanan jangka panjang dan pelan perlindungan untuk kebajikan anak-anak. Anda boleh memilih strategi pelaburan dan dana-dana amanah sendiri – majoriti syarikat mempunyai TIGA dana : ekuiti, balance dan bon. Kebanyakan syarikat juga membenarkan satu pertukaran dana percuma setahun.
Pulangan pelaburan dana-dana ini berbeza mengikut strategi masing-masing. Untuk pulangan yang maksima anda perlu melabur semasa harga NAV yang rendah dan menjual apabila harga tinggi.
Contoh-contoh pelan Takaful pendidikan yang ada di pasaran Malaysia sekarang ialah:-

PRUBSN-Smartlink
Takaful Sarjana (Etiqa)
Takaful Siswa (Takaful Malaysia)
Ikhlas Education Takaful (Takaful Ikhlas)

 Kenapa anda PERLU melabur di dalam Takaful Pendidikan sebagai satu strategi simpanan anak-anak anda?

 1. Anda boleh “stretch” kegunaan wang anda – untuk pelaburan dan juga pelindungan (2 dalam 1).
Dengan menyimpan hanya RM100 sebulan anda akan mendapat pulangan pelaburan DAN juga PERLINDUNGAN TAKAFUL sehingga RM100,000 sekiranya sesuatu berlaku kepada anda (pembayar) atau anak anda.
Ini berbeza sekiranya anda melabur RM100 sebulan di ASB atau saham-saham amanah (unit trust) lain. Anak-anak akan kehilangan simpanan yang berterusan apabila anda mati atau tidak mampu bekerja lagi.

2. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang
Dengan perancangan yang berkesan, anda boleh menyimpan sehingga 18 ke 20 tahun untuk dana pendidikan anak anda. Sehingga kini, saya kira ada 39 dana takaful di Malaysia.
Tingkatkan ilmu pelaburan anda kerana melabur di unit trust dan Takaful Investment Link memerlukan skil untuk memilih, menukar dan menjual (Pilih, Tukar dan Jual) dana berdasarkan waktu, risiko dan keadaan semasa – untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. “Compounded return” ini akan meningkatkan jumlah dana simpanan anak-anak anda.

3. Anda juga boleh mendapatkan perlepasan cukai sehingga RM3000 setahun untuk simpanan pendidikan anak-anak (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur). Tetapi, perlepasan cukai ini dikongsi dengan had pelan Kesihatan (combine limit). Jadi, sekurang-kurangnya anda patut melabur sebanyak RM250 sebulan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.
Perlepasan cukai pula ialah sebanyak RM720 (RM3000 sebulan @ cukai 24%). Lepas juga sebulan bayaran kereta!

untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya..
nak tahu unjuran simpanan mengikut bajet anda, sila klik disini

ASB VS TAKAFULINK


Kenapa Anda Perlu Dahulukan Simpanan PELAN TAKAFULINK

Apa itu TAKAFULINK ?

Takafulink adalah merupakan gabungan perkataan Takaful + Investment Link ( Berkaitan Pelaburan ) . Pelan ini mempunyai perbezaan dengan pelan daripada syarikat-syarikat insurans / takaful yang lain , di mana kebanyakkan syarikat itu mengamalkan pelaburan secara tradisional. Justeru , pulangannya adalah rendah dan tidak kompetatif . Kadang-kadang tiada apa-apa pulangan yang diperolehi apabila tamat mencarum. Tetapi , Pelan TAKAFULINK pulangannya lebih baik kerana sebahagian duit yang dicarum itu dilaburkan ke dalam beberapa dana Islam seperti Dana Urus , Dana Ekuiti dan Dan Bon.
Tahukah anda ? Menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini adalah sama seperti anda menabung dalam ASB , ASN , Tabung Haji . Sekiranya anda menyimpan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji berjumlah RM 100 sebulan , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM1,200 . Penabungan ini sama juga seperti TAKAFULINK. Apabila anda menabung RM 100 , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM 1,200 . Tiada perbezaan dari segi konsep penabungan .

Apa faedah simpanan ASB , ASN atau Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK ?


ASB , ASN atau Tabung Haji akan memberi 2 faedah , seperti pulangan Modal dan Dividen . Manakala , Pelan TAKAFULINK memberi anda 3 faedah seperti pulangan Modal , Dividen dan sekeping Medical Card berjumlah antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta. Di antara 2 faedah dan 3 faedah , sudah tentu ianya mempunyai perbezaan . Sekiranya anda diberi pilihan , anda mengambil 2 faedah atau 3 faedah ? Saya yakin anda akan mengambil yang lebih banyak faedah @ 3 Faedah !

Apa perbezaan antara ASB , ASN , Tabung Haji dengan Pelan TAKAFULINK ?

Terdapat beberapa perbezaan di antara instrumen kewangan tersebut . Perbezaan yang paling utama adalah seperti berikut :

Contohnya , sekiranya anda menabung dalam masa 3 bulan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji , maka jumlah penabungan anda ialah RM 300 . Begitu juga halnya apabila anda menabung dalam Pelan TAKAFULINK . Jumlahnya adalah sama RM 300.

Tetapi , perbezaan besar diperolehi sekiranya berlaku musibah ke atas anda pada bulan ke-3 itu seperti kemalangan atau penyakit yang menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang , hati , jantung , paru-paru , dalaman otak dan sebagainya . Katakan kos rawatan atau pembedahannya RM50 ,000 . Tidakkah anda akan menghadapi masalah dengan jumlah seperti itu ? Apakah RM300 dalam ASB , ASN atau Tabung Haji anda itu cukup untuk membayar jumlah RM50,000 . Sudah pasti tidak cukup . Apakah company anda akan membayar 100% kos itu ? Secara rela atau tidak , anda akan mengeluarkan simpanan lain seperti simpanan pendidikan anak , guna kad kredit , duit gaji atau meminjam pada orang lain untuk menampung kos itu . Bahkan , kedapatan orang yang terpaksa meminta derma atau menjual aset seperti kereta dan rumah untuk menampung bayaran kos hospital .

Maka di sini Pelan TAKAFULINK dapat membantu dan menyelamatkan anda . Walaupun anda baru mencarum 3 bulan , Medical Card yang anda perolehi sudah boleh digunakan untuk membayar jumlah RM 50 ,000 itu . Alangkah beruntungnya anda yang telah menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini !! Terasa kenikmatan hidup menabung ….
Bahkan yang paling membahagiakan anda ialah … anda boleh memilih mana-mana 60 hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk rangkaian KPJ Hospital , IJN , Gleaneagle , Pantai Hospital dan juga hospital di luar negara.

Bagaimana pulangan pelan TAKAFULINK ?

Apabila anda menabung 1 tahun , 3 tahun , 5 tahun , 10 tahun atau sehingga 30 tahun . Sebagai contoh , dalam masa 20 tahun pulangan yang anda perolehi dalam Pelan TAKAFULINK berjumlah l/kurang RM 34,000 . Anda boleh keluarkan sebahagian pulangan itu untuk apa-apa kegunaan samada pendidikan anak , renovate rumah , menunaikan haji , umrah atau sebagainya . Anda juga boleh gunakan pulangan itu untuk caruman akan datang . Ini bermakna anda telah mendapat “ cuti mencarum “ sehingga beberapa tahun yang akan datang . Dengan kata lain , anda tidak perlu mencarum tetapi masa yang sama anda mendapat manfaat menggunakan Medical Card seperti biasa sehingga umur 70 – 80 tahun akan datang dan juga faedah-faedah yang lain .

Selain daripada manfaat pulangan Modal , Dividen dan Medical Card dalam Pelan TAKAFULINK terdapat Faedah-Faedah Utama yang lain , seperti :

- Faedah Jaminan Caruman Percuma Seumur Hidup - akibat menghidap 36 Penyakit Kritikal & Hilang Upaya Kekal
- Elaun Tunai Harian Masuk Wad : RM 200/ setiap hari
- Elaun Tunai Penyakit Kritikal : RM 10,000
- Faedah Tunai Akibat Kemalangan Di Rumah/Tempat Kerja / Jalanraya : RM 20,000
- Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan : RM 20,000/setiap kes
- Manfaat Kematian / Hilang Upaya Kekal : RM 20,000
- Manfaat Kematian Kemalangan Kenderaan Awam : RM 60,000
- Pengecualian Cukai Pendapatan Kerajaan : Maksima RM 6,000 / setiap tahun .

Mana lebih penting ?

Apakah Pelan TAKAFULINK ini perlu untuk anda ? Adakah Pelan TAKAFULINK ini penting untuk masa depan anda ?

Apabila anda diberi pilihan antara ASB , ASN , Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK – mana satukah yang menjadi pilihan anda ? Mana satukah yang akan anda dahulukan ?

Anda berhak membuat pilihan ! Buruk baik nasib masa depan anda , anda sendiri yang menentukan kerana anda telah membuat pilihan . Syabas , anda telah mendapat maklumat yang berharga daripada saya dengan membaca arikel ini .

Sekiranya anda merasakan Pelan TAKAFULINK ini penting dan perlu diutamakan , bersegeralah mendaftar sebelum terdapat apa-apa halangan ke atas diri anda . Pelan TAKAFULINK ini hanya layak dipohon oleh pemohon yang sihat dan tidak mempunyai penyakit ! Jangan tangguh lagi !

Berapa jumlah caruman Pelan TAKAFULINK ?

Jumlah caruman bergantung kepada kelas pekerjaan , umur dan status anda merokok atau tidak . Jumlahnya juga adalah bergantung kepada faedah yang anda perlukan Namun , jumlah minima ialah RM 100 sebulan dan jumlah maksima RM 5,000 sebulan . Lagi banyak anda menabung , lagi banyak faedah dan pulangan yang anda perolehi . Pelan TAKAFULINK tidak akan mengecewakan anda !

Namun, saya suka mengingatkan agar anda membuat tabungan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda . Sekiranya gaji anda RM 2,000 sebulan , maka tabungan anda cuma RM 200 sebulan . Kalau gaji anda RM 3,500 , maka tabungan anda Cuma RM 350 sebulan dan begitulah seterusnya . Ini adalah konsep Perancangan Kewangan yang betul . Sekiranya tidak mampu , anda hanya perlu menabung sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda .

Bagaimana nak mendaftar atau mulakan tabungan Pelan TAKAFULINK ?


Mudah sahaja . Anda hanya perlu mendaftar atau membuat appointment dengan Quality Agent Prudential BSN Takaful, SITI KHATIJAH MAT LAJIM-0173051903. Saya bersedia berkunjung ke premis / rumah anda untuk penerangan lanjut dan urusan pendaftaran .

Bersegeralah menabung dalam Pelan TAKAFULINK !! Prudential BSN Takaful Bhd . merupakan syarikat No.1 Insurans / Takaful 2008 Malaysia …. sentiasa memberikan produk dan perkhidmatan terbaik !!