Translate

Thursday, April 19, 2012

TRIP KE MUNICH & PRAGUE... Ada yang berminat nak join?



TRIP KE MUNICH & PRAGUE 2012sesiapa yang berminat nak join, boleh...isi borang jadi wealth planner dlu..atau hubungi kami untuk temuduga.pengambilan ahli baru sentiasa terbuka sepanjang tahun





Wednesday, April 18, 2012

Balu terima pampasan insurans




Kisah-kisah ini seharusnya memberikan kesedaran kepada orang Melayu terutamanya tentang kepentingan menyimpan dalam PruBSN atau mana-mana badan insurans sekiranya berlaku sesuatu yang tidak terduga oleh kita. Ajal maut ditangan Allah namun kita semestinya sentiasa berusaha yang TERBAIK untuk memastikan kebahagiaan insan-insan yang kita sayang. Jangan mudah menyerah nasib kepada takdir sedangkan kaum lain amat prihatin tentang kepentingan mempunyai insuran supaya kehidupan keluarganya nanti akan lebih terjamin. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Sumber:- Utusan Malaysia - 23/05/2005 

Quote:
Besut 22 Mei - Keperitan hidup seorang balu bersama lapan anaknya di kampong Gong Bayor dekat sini setelah kemalangan suami akibat nahas jalanraya bulan lalu terubat apabila menerima pampasan insurans berjumlah RM105,298 hari ini. Rohayah Kasim, 33 ternyata terkejut dengan jumlah pampasan yang diterimanya itu tidak menyangka suaminya Allahyarham Mohd Zahari Abu Kassim, 39 meninggalkan sesuatu untuk masa depan anak-anak dengan menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas."Arwah suami saya tidak pernah memaklumkan kepada saya yang dia ada menyertai insurans ini dan saya amat terkejut dengan jumlah pampasan yang saya terima ini," katanya ketika ditemui dirumahnya hari ini. Rohayah memberitahu, Allahyarham suaminya meninggal dunia beberapa hari setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori ketika memandu kereta dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang April lalu.

Allahyarham, seorang peniaga kedai runcit menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas dengan caruman sebanyak RM133 sebulan sejak setahun lalu. Mohd Zahari meninggalkan lapan orang anak dan enam daripadanya masih bersekolah iaitu empat bersekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.Sementara itu cek pampasan tersebut disampaikan oleh Pengurus Unit Takaful Ikhlas Kelantan, Aris Zakaria dalam satu majlis ringkas di kediaman Rohayah. Rohayah berkata, wang yang diterimanya itu akan digunakan sepenuhnya membiayai pelajaran anak-anak yang masih belajar selain membaiki rumah yang didudukinya sekarang.


Inilah hadiah yang bermakna untuk insan yang ditinggalkan, bersusah-susah dahulu maka tidaklah nanti hidup kita tidak terlalu susah dan menyusahkan orang lain....

Tuesday, April 17, 2012

TERBAIK...PRUBSN-Smartlink? ATAU SSPN?


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
SSPN adalah skim yang dijamin kerajaan – maksudnya setiap wang anda yang tersimpan di bawah skim ini akan diganti oleh kerajaan sekiranya kerugian berlaku (i.e. sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain pelaburan di bawah PNB).
Pulangan pelaburannya dari 2005 – 2007 ialah 4% setahun. Simpanan maksima ialah RM50,000 setiap akaun.
Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan atau khairat kematian juga disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.
Kenapa anda patut melabur di dalam SSPN?

1. Anak-anak anda hanya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN sekiranya anda melabur di dalam SSPN. Dengan kadar pembayaran balik 1%, skim ini adalah dana pendidikan yang termurah di Malaysia.

 2. Anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 untuk setiap individu yang melabur (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur dan mengisi borang cukai yang berlainan)
NOTA: Jumlah maksima pelaburan untuk anak-anak anda – ibu dan bapa ialah RM100,000 (dua akaun)

3. Bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, setiap pelaburan anda akan digandakan oleh kerajaan di bawah insentif “Matching scheme”.
NOTA: Sekiranya anda, hanya mampu untuk melabur di satu dana, pilihlah SSPN kerana perlindungan percuma dan “Matching Scheme” ini.

PRUBSN-Smartlink
Takaful Pendidikan adalah pelan takaful berkaitan pelaburan (Takaful investment link) yang diuruskan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Anda akan bayar caruman setiap bulan yang akan dibahagikan untuk kegunaan
 i. perlindungan Takaful,
ii. pelaburan di dalam dana-dana amanah
iii. membayar kos-kos pentadbiran dan operasi syarikat Takaful berkenaan

Ia adalah simpanan jangka panjang dan pelan perlindungan untuk kebajikan anak-anak. Anda boleh memilih strategi pelaburan dan dana-dana amanah sendiri – majoriti syarikat mempunyai TIGA dana : ekuiti, balance dan bon. Kebanyakan syarikat juga membenarkan satu pertukaran dana percuma setahun.
Pulangan pelaburan dana-dana ini berbeza mengikut strategi masing-masing. Untuk pulangan yang maksima anda perlu melabur semasa harga NAV yang rendah dan menjual apabila harga tinggi.
Contoh-contoh pelan Takaful pendidikan yang ada di pasaran Malaysia sekarang ialah:-

PRUBSN-Smartlink
Takaful Sarjana (Etiqa)
Takaful Siswa (Takaful Malaysia)
Ikhlas Education Takaful (Takaful Ikhlas)

 Kenapa anda PERLU melabur di dalam Takaful Pendidikan sebagai satu strategi simpanan anak-anak anda?

 1. Anda boleh “stretch” kegunaan wang anda – untuk pelaburan dan juga pelindungan (2 dalam 1).
Dengan menyimpan hanya RM100 sebulan anda akan mendapat pulangan pelaburan DAN juga PERLINDUNGAN TAKAFUL sehingga RM100,000 sekiranya sesuatu berlaku kepada anda (pembayar) atau anak anda.
Ini berbeza sekiranya anda melabur RM100 sebulan di ASB atau saham-saham amanah (unit trust) lain. Anak-anak akan kehilangan simpanan yang berterusan apabila anda mati atau tidak mampu bekerja lagi.

2. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang
Dengan perancangan yang berkesan, anda boleh menyimpan sehingga 18 ke 20 tahun untuk dana pendidikan anak anda. Sehingga kini, saya kira ada 39 dana takaful di Malaysia.
Tingkatkan ilmu pelaburan anda kerana melabur di unit trust dan Takaful Investment Link memerlukan skil untuk memilih, menukar dan menjual (Pilih, Tukar dan Jual) dana berdasarkan waktu, risiko dan keadaan semasa – untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. “Compounded return” ini akan meningkatkan jumlah dana simpanan anak-anak anda.

3. Anda juga boleh mendapatkan perlepasan cukai sehingga RM3000 setahun untuk simpanan pendidikan anak-anak (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur). Tetapi, perlepasan cukai ini dikongsi dengan had pelan Kesihatan (combine limit). Jadi, sekurang-kurangnya anda patut melabur sebanyak RM250 sebulan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.
Perlepasan cukai pula ialah sebanyak RM720 (RM3000 sebulan @ cukai 24%). Lepas juga sebulan bayaran kereta!

untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya..
nak tahu unjuran simpanan mengikut bajet anda, sila klik disini

ASB VS TAKAFULINK


Kenapa Anda Perlu Dahulukan Simpanan PELAN TAKAFULINK

Apa itu TAKAFULINK ?

Takafulink adalah merupakan gabungan perkataan Takaful + Investment Link ( Berkaitan Pelaburan ) . Pelan ini mempunyai perbezaan dengan pelan daripada syarikat-syarikat insurans / takaful yang lain , di mana kebanyakkan syarikat itu mengamalkan pelaburan secara tradisional. Justeru , pulangannya adalah rendah dan tidak kompetatif . Kadang-kadang tiada apa-apa pulangan yang diperolehi apabila tamat mencarum. Tetapi , Pelan TAKAFULINK pulangannya lebih baik kerana sebahagian duit yang dicarum itu dilaburkan ke dalam beberapa dana Islam seperti Dana Urus , Dana Ekuiti dan Dan Bon.
Tahukah anda ? Menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini adalah sama seperti anda menabung dalam ASB , ASN , Tabung Haji . Sekiranya anda menyimpan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji berjumlah RM 100 sebulan , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM1,200 . Penabungan ini sama juga seperti TAKAFULINK. Apabila anda menabung RM 100 , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM 1,200 . Tiada perbezaan dari segi konsep penabungan .

Apa faedah simpanan ASB , ASN atau Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK ?


ASB , ASN atau Tabung Haji akan memberi 2 faedah , seperti pulangan Modal dan Dividen . Manakala , Pelan TAKAFULINK memberi anda 3 faedah seperti pulangan Modal , Dividen dan sekeping Medical Card berjumlah antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta. Di antara 2 faedah dan 3 faedah , sudah tentu ianya mempunyai perbezaan . Sekiranya anda diberi pilihan , anda mengambil 2 faedah atau 3 faedah ? Saya yakin anda akan mengambil yang lebih banyak faedah @ 3 Faedah !

Apa perbezaan antara ASB , ASN , Tabung Haji dengan Pelan TAKAFULINK ?

Terdapat beberapa perbezaan di antara instrumen kewangan tersebut . Perbezaan yang paling utama adalah seperti berikut :

Contohnya , sekiranya anda menabung dalam masa 3 bulan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji , maka jumlah penabungan anda ialah RM 300 . Begitu juga halnya apabila anda menabung dalam Pelan TAKAFULINK . Jumlahnya adalah sama RM 300.

Tetapi , perbezaan besar diperolehi sekiranya berlaku musibah ke atas anda pada bulan ke-3 itu seperti kemalangan atau penyakit yang menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang , hati , jantung , paru-paru , dalaman otak dan sebagainya . Katakan kos rawatan atau pembedahannya RM50 ,000 . Tidakkah anda akan menghadapi masalah dengan jumlah seperti itu ? Apakah RM300 dalam ASB , ASN atau Tabung Haji anda itu cukup untuk membayar jumlah RM50,000 . Sudah pasti tidak cukup . Apakah company anda akan membayar 100% kos itu ? Secara rela atau tidak , anda akan mengeluarkan simpanan lain seperti simpanan pendidikan anak , guna kad kredit , duit gaji atau meminjam pada orang lain untuk menampung kos itu . Bahkan , kedapatan orang yang terpaksa meminta derma atau menjual aset seperti kereta dan rumah untuk menampung bayaran kos hospital .

Maka di sini Pelan TAKAFULINK dapat membantu dan menyelamatkan anda . Walaupun anda baru mencarum 3 bulan , Medical Card yang anda perolehi sudah boleh digunakan untuk membayar jumlah RM 50 ,000 itu . Alangkah beruntungnya anda yang telah menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini !! Terasa kenikmatan hidup menabung ….
Bahkan yang paling membahagiakan anda ialah … anda boleh memilih mana-mana 60 hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk rangkaian KPJ Hospital , IJN , Gleaneagle , Pantai Hospital dan juga hospital di luar negara.

Bagaimana pulangan pelan TAKAFULINK ?

Apabila anda menabung 1 tahun , 3 tahun , 5 tahun , 10 tahun atau sehingga 30 tahun . Sebagai contoh , dalam masa 20 tahun pulangan yang anda perolehi dalam Pelan TAKAFULINK berjumlah l/kurang RM 34,000 . Anda boleh keluarkan sebahagian pulangan itu untuk apa-apa kegunaan samada pendidikan anak , renovate rumah , menunaikan haji , umrah atau sebagainya . Anda juga boleh gunakan pulangan itu untuk caruman akan datang . Ini bermakna anda telah mendapat “ cuti mencarum “ sehingga beberapa tahun yang akan datang . Dengan kata lain , anda tidak perlu mencarum tetapi masa yang sama anda mendapat manfaat menggunakan Medical Card seperti biasa sehingga umur 70 – 80 tahun akan datang dan juga faedah-faedah yang lain .

Selain daripada manfaat pulangan Modal , Dividen dan Medical Card dalam Pelan TAKAFULINK terdapat Faedah-Faedah Utama yang lain , seperti :

- Faedah Jaminan Caruman Percuma Seumur Hidup - akibat menghidap 36 Penyakit Kritikal & Hilang Upaya Kekal
- Elaun Tunai Harian Masuk Wad : RM 200/ setiap hari
- Elaun Tunai Penyakit Kritikal : RM 10,000
- Faedah Tunai Akibat Kemalangan Di Rumah/Tempat Kerja / Jalanraya : RM 20,000
- Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan : RM 20,000/setiap kes
- Manfaat Kematian / Hilang Upaya Kekal : RM 20,000
- Manfaat Kematian Kemalangan Kenderaan Awam : RM 60,000
- Pengecualian Cukai Pendapatan Kerajaan : Maksima RM 6,000 / setiap tahun .

Mana lebih penting ?

Apakah Pelan TAKAFULINK ini perlu untuk anda ? Adakah Pelan TAKAFULINK ini penting untuk masa depan anda ?

Apabila anda diberi pilihan antara ASB , ASN , Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK – mana satukah yang menjadi pilihan anda ? Mana satukah yang akan anda dahulukan ?

Anda berhak membuat pilihan ! Buruk baik nasib masa depan anda , anda sendiri yang menentukan kerana anda telah membuat pilihan . Syabas , anda telah mendapat maklumat yang berharga daripada saya dengan membaca arikel ini .

Sekiranya anda merasakan Pelan TAKAFULINK ini penting dan perlu diutamakan , bersegeralah mendaftar sebelum terdapat apa-apa halangan ke atas diri anda . Pelan TAKAFULINK ini hanya layak dipohon oleh pemohon yang sihat dan tidak mempunyai penyakit ! Jangan tangguh lagi !

Berapa jumlah caruman Pelan TAKAFULINK ?

Jumlah caruman bergantung kepada kelas pekerjaan , umur dan status anda merokok atau tidak . Jumlahnya juga adalah bergantung kepada faedah yang anda perlukan Namun , jumlah minima ialah RM 100 sebulan dan jumlah maksima RM 5,000 sebulan . Lagi banyak anda menabung , lagi banyak faedah dan pulangan yang anda perolehi . Pelan TAKAFULINK tidak akan mengecewakan anda !

Namun, saya suka mengingatkan agar anda membuat tabungan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda . Sekiranya gaji anda RM 2,000 sebulan , maka tabungan anda cuma RM 200 sebulan . Kalau gaji anda RM 3,500 , maka tabungan anda Cuma RM 350 sebulan dan begitulah seterusnya . Ini adalah konsep Perancangan Kewangan yang betul . Sekiranya tidak mampu , anda hanya perlu menabung sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda .

Bagaimana nak mendaftar atau mulakan tabungan Pelan TAKAFULINK ?


Mudah sahaja . Anda hanya perlu mendaftar atau membuat appointment dengan Quality Agent Prudential BSN Takaful, SITI KHATIJAH MAT LAJIM-0173051903. Saya bersedia berkunjung ke premis / rumah anda untuk penerangan lanjut dan urusan pendaftaran .

Bersegeralah menabung dalam Pelan TAKAFULINK !! Prudential BSN Takaful Bhd . merupakan syarikat No.1 Insurans / Takaful 2008 Malaysia …. sentiasa memberikan produk dan perkhidmatan terbaik !!

Sunday, April 15, 2012

KESESAKAN CETUS SERANGAN JANTUNG?


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.
Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul. Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Risiko
Kesesakan lalu lintas mengakibatkan kepekatan karbon monoksida meningkat di udara dan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen. Stres atau tekanan perasaan juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Pemandu pula hilang kawalan emosi hingga tercetusnya perasaan marah dan ‘mengamuk’.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kesesakan lalu lintas mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung.

Penyelidikan yang melibatkan 1,500 kes serangan jantung itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian itu, mereka yang berdepan dengan kesesakan trafik tidak kira sama ada pemandu, penumpang, penunggang motosikal atau pengguna pengangkutan awam akan mengalami risiko serangan jantung tiga kali ganda lebih daripada keadaan biasa.

Kebanyakan kes yang diteliti menunjukkan tempoh satu jam pertama kesesakan trafik sudah cukup untuk meningkatkan risiko itu. 

Kajian oleh Institut Epidemologi Helmholtz dan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Havard itu juga mendapati suku daripada kes yang dipantau melibatkan wanita berusia sekitar 60-an.

Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan merupakan kelompok utama yang terdedah kepada serangan jantung.

Merangsang
Dalam konteks ini, keadaan stres sama ada akut atau kronik meningkatkan risiko penyakit jantung. Pada seseorang yang menghidapi penyakit jantung, stres akut boleh mencetuskan serangan jantung (infarksi miokardium).

Stres yang berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah.

Selain itu, hormon adrenalin yang meningkat menyebabkan kadar degupan jantung turut bertambah, dinding jantung menebal serta merangsang peningkatan insulin yang boleh menebalkan dinding saluran darah.

Tidak ketinggalan peningkatan hormon CRP dan homosistein semasa stres turut menyumbang kepada risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

“Apabila seseorang stres, ia boleh memberi kesan kepada saluran darah dan meningkatkan aras gula dalam badan. Keadaan ini merupakan risiko kepada serangan jantung hingga boleh menyebabkan kematian mengejut dan kemalangan jalan raya.

Secara amnya, kita melihat ramai yang stres akibat kesesakan lalu lintas. Pendek kata, kita harungi kehidupan moden ini bersama stres, kebimbangan dan kekecewaan yang mana adunannya cukup menekan, menjadi sebahagian daripada rutin seharian.

Bagaimanapun, tekanan luar biasa yang berpanjangan mempunyai kesan-kesan psikologi negatif dan menjejaskan fungsi jantung , sistem penghadaman dan rangka otot.

Justeru itu, setiap orang perlu bijak mengawal perasaan setiap kali berhadapan dengan keadaan yang boleh menyebabkan stres. ‘‘Ia bukan sahaja berpunca daripada keadaan jalan raya, malah masalah kewangan, tempat kerja, keluarga dan sebagainya boleh menyumbang stres,” jelas Pakar Kardiologi Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob.

Rokok punca utama
Bercerita lanjut, Dr. Zul Hilmi memberitahu, serangan jantung bukanlah punca utama kemalangan di jalan raya. Secara kebetulan, banyak kes serangan jantung ketika memandu menyebabkan kematian dan kemalangan.

“85 peratus kemalangan jalan raya disebabkan alkohol, pemanduan individu itu sendiri dan menggunakan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) ketika memandu. Namun, orang ramai perlu bersedia dan berhati-hati sekiranya serangan jantung berlaku sama ada ketika kesesakan lalu lintas atau jalan raya tenang kerana ia bukan sahaja membahayakan diri pemandu tetapi turut membahayakan penumpang lain,” ujarnya.

Kebiasaannya, seseorang yang mendapat serangan jantung tidak akan dibenarkan memandu selama empat minggu.

Berbeza pula kes mereka yang merokok ketika memandu terutamanya untuk bagi perjalanan jarak jauh.

“Keadaan ini banyak berlaku. Ramai pemandu merokok untuk hilangkan mengantuk ketika memandu balik kampung pada musim perayaan atau berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Tidak kurang pula yang merokok kerana stres apabila jalan raya mulai sesak.
‘‘Dalam diam, rokok sebenarnya meningkatkan kolestrol dan serangan jantung mengejut. Justeru itu, amalan ini sebenarnya perlu diubah kerana ia membahayakan pemandu dan penumpangnya,” katanya.

Pemanduan

Jika berasa sakit dada ketika memandu, Dr. Zul Hilmi menyarankan berhenti memandu dan segera meminta bantuan penumpang yang lain untuk membawa anda ke hospital. Sebaliknya, sekiranya anda memandu sendiri, segera berhenti daripada memandu kereta.

Di Malaysia, 15 hingga 20 peratus pesakit meninggal dunia selepas mendapat serangan jantung. Berbeza dengan negara maju, kematian hanya lima hingga sembilan peratus.

“Statistik ini disebabkan ramai pesakit lewat datang ke hospital, lewat didiagnosis dan lambat mendapatkan rawatan selepas mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.
‘‘Justeru itu, orang ramai yang mendapat sakit dada ketika memandu tidak kira dalam apa jua keadaan lalu lintas, perlu bertindak segera iaitu berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Menyentuh tentang pemandu kenderaan komersial seperti bas, Dr. Zul Hilmi menyaran agar individu yang ingin mendapatkan lesen tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Setakat ini katanya, belum ada undang-undang dikuatkuasa untuk memastikan pemandu bas perlu bebas daripada penyakit jantung.

Dalam pada itu, Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur mengadakan program khusus sempena Hari Jantung Sedunia 2011 yang berlangsung semalam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah ceramah kesihatan berkaitan jantung dan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma.