Translate

Thursday, March 22, 2012

PENERANGAN UMUM PELAN TAKAFULINK


Bagaimana pelan TAKAFULINK ini dapat memberi perlindungan kewangan kepada anda dengan ciri-cirinya yang fleksibel*?

*tertakluk kepada terma dan syarat

- Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya, tanpa menjejaskan sumbangan anda.

- Tingkat perlindungan takaful anda dengan menambah pelbagai manfaat tambahan seperti pampasan sakit kritikal, pampasan kemalangan, pembiayaan kos rawatan perubatan, hilang upaya dan pelbagai manfaat tambahan lain.
- Pelan ini juga membolehkan anda mewujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana2 dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan medapat pulangan yang lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan simpan di bank.
- Pelan ini juga membolehkan anda menukar pelaburan anda di antara mana2 dana Takafulink pada bila2 masa dan jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM 1,000.
- Anda juga boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa tanpa menunggu tempoh matang untuk keperluan anda. Pengeluaran minimum adalah RM 500. Kemudahan ini boleh dibuat sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang2nya RM1,000.
- Sijil ini melayakkan anda untuk menerima pengeculian cukai individu sehingga RM 7,000 setahun.
Memenuhi Keperluan Simpanan Anda

Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih.

Sumbangan ini diagihkan mengikut tahun sijil dan peratusan yang tertentu seperti di bawah.

Takafulink Allocation Contribution

Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun dan ke atas. Untuk tempoh yang kurang dari 20 tahun, ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil takafulink anda untuk keterangan lebih lanjut.

Terdapat 3 pilihan dana Takafulink yang anda boleh pilih bagi memenuhi keperluan simpanan anda.

1. Takafulink Dana Bon

Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin
melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.


2. Takafulink Dana Urus

Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalamjangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.

3. Takafulink Dana Ekuiti

Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

4. Takafulink Dana Ekuiti Dinasti

Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan
melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah
sekitarnya. Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang


Siapakah yang layak untuk mengambil pelan Takafulink ni?

Sesiapa yang berumur antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan ini untuk anak2 anda yang berumur di bawah 18 tahun.

Lebihan Dana Perlindungan (Tabarru') & Perkongsian Keuntungan Pelaburan

Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. 

Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30.
Caj-caj yang dikenakan.

Takafulink adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam PUA, ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada
jadual berikut:


Caj Wakalah


Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda.

Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.

Lain-lain caj termasuk: 



  • Caj Perkhidmatan
    - Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
    - RM5 dibayar setiap bulan.
  • Caj Pengurusan Aset
    Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan
    bagi PUA dan IUA.
    - Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
    - Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan:
Caj Pengurusan Aset

Yuran dan caj mungkin berubah dari masa ke semasa di mana tempoh notis
90 hari akan diberi.

  • Caj Pengurusan Risiko
  • - 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan untuk caj pengendalian Dana Tabarru’.
  • Tabarru' 
    - Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
    - Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.

No comments: